Tuesday, May 4, 2010

Kita penjaga harta Allah


Tahukah?
Sedarkah?
Kita hanya seorang JAGA...
Penjaga harta Allah yang Maha KAYA...



~~~~~~~~~~~~~
Pernahkan kita terfikir dan sedar bahawasanya segala harta yang ada pada kita sekarang hanyalah pinjaman dari Allah yang Maha Kaya.Tidak lain dan tidak bukan,kita hanyalah penjaga harta yang dilantik oleh Allah untuk menjaga harta-hartanya itu..
Amanahkah kita menjaga harta-harta Allah selama ini?
Sungguh, harta kekayaan dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan kita.Allah campakkan ke dunia ini semata untuk menguji hamba-hambanya....

Oleh itu,sifat-sifat sebagai seorang penjaga harta kekayaan haruslah menepati syariat Allah.
Ke mana harus kita 'infaq'kan harta itu?Sudah tentu kita sebagai seorang muslim yang berkewajipan untuk MENUNAIKAN ZAKAT,juga bonus lain untuk mudah menuju syurga abadi adalah dengan BERSEDEKAH.
Bersedekahlah..
bersedekah kepada fakir-miskin,anak-anak yatim,serta yang memerlukan...

Tahukah kita bahawa dengan bersedekah mampu memadam api kemarahan Allah S.W.T.
Dengan bersedekah mampu meruntuhkan sifat keeogan dalam diri manusia,melahirkan rasa simpati serta rendah diri sekiranya kita bersedekah dengan penuh keikhlasan yang mana sabda Nabi S.A.W menyebut bahawa antara 7 golongan yang mendapat naugan Allah S.W.T di Hari Kiamat kelak antaranya adalah; orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh
tangan kanannya.
Keikhlasan amat didamba dalam bersedekah..bukan untuk dipandang tinggi dan dihormati atas sifat kemurahan hati.Kita tidak perlu risau jika kita melakukan sesuatu kebaikan dan tidak diketahui orang.Biarlah segala ibadah kita semata-mata kerana Allah yang Maha Esa.Ini kerana,
pabila kita ikhlas beribadah,bermakna kita berusaha untuk mendamba kasih -sayang Allah yang Maha Penyayang sifatNya.Dan Allah S.W.T pabila DIA kasih akan hambaNya,DIA akan memberitahu Malaikat Jibril dan Malaikat Jibril akan memberitahu pula kepada ahli langit iaitu Malaikat.Kemudian orang-orang yang dikasihi Allah ini akan diletakkan didunia dengan penuh kasih-sayang dan keredhaan.Jika dia yatim piatu,Allah berikan mereka keluarga angkat,jika mereka serba kekuranga,Allah kurniakan jiran-jiran yang pemurah,jika mereka dalam kesedihan,Allah berikan sahabat yang sentiasa menenangkan...dan contoh terlalu banyak untuk kita renungkan bersama..hanya kita perlu membuka mata dan berfikir dengan mata hati...Bagaimana Allah mencampakkan sifat PenyayangNya pada hamba-hamba yang bertaqwa didunia ini...Tidak perlu untuk kita yang menunjuk-nunjuk dalam beribadah untuk mendapat perhatian ,kasih-sayang,serta dipandang tinggi masyarakat.SUNGGUH,ALLAH PERANCANG TERBAIK.

Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W:
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا أحب الله العبد قال ‏ ‏لجبريل ‏ ‏قد أحببت فلانا فأحبه فيحبه ‏ ‏جبريل ‏ ‏ثم ينادي في أهل السماء إن الله قد أحب فلانا فأحبوه فيحبه أهل السماء ثم يوضع له القبول في الأرض وإذا أبغض الله العبد. ‏قال ‏ ‏مالك ‏ ‏لا أحسبه إلا أنه قال في البغض مثل ذلك

Diakui,sesungguhnya pencinta-pencinta dunia sememangnya amat mencinta harta kekayaan,kerna dengan harta dia boleh memiliki apa sahaja didunia juga akan dipandang tinggi atas kemewahan yang ada pada dia.Tetapi,ingatlah wahai saudara bahawa di akhirat kelak 4 perkara yang akan ditanya iaitu umur kita,harta,ilmu dan tubuh badan.Sejauhmana kita menggunakan harta pinjaman Allah ini,dan sebanyak mana ilmu yang kita pelajari semasa didunia,serta apakah yang telah kita kerjakan didunia ini sepanjang hayat hidup kita?adakah dengan sia-sia atau sebaliknya..Juga,tubuh badan kita...sejauhmana kita manfaatkan nikmat Allah kepada kita ini semasa didunia.

Jadi,bersediakah kita untuk menjawab segala persoalan ini diakhirat kelak dengan alasan-alasan yang kukuh?.Ingatlah,tangan,kaki dan anggota lain tidakakan hanya membiarkan mulut sahaja berbicara..Tentunya kaki pasti juga akan membuat penyaksian di akhirat kelak.Tangan juga akan membentangkan kerja-kerjanya selama didunia.Dan,penyesalan tidaklah berguna di saat itu...

‏ ‏