Tuesday, May 4, 2010

Kita penjaga harta Allah


Tahukah?
Sedarkah?
Kita hanya seorang JAGA...
Penjaga harta Allah yang Maha KAYA...



~~~~~~~~~~~~~
Pernahkan kita terfikir dan sedar bahawasanya segala harta yang ada pada kita sekarang hanyalah pinjaman dari Allah yang Maha Kaya.Tidak lain dan tidak bukan,kita hanyalah penjaga harta yang dilantik oleh Allah untuk menjaga harta-hartanya itu..
Amanahkah kita menjaga harta-harta Allah selama ini?
Sungguh, harta kekayaan dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan kita.Allah campakkan ke dunia ini semata untuk menguji hamba-hambanya....

Oleh itu,sifat-sifat sebagai seorang penjaga harta kekayaan haruslah menepati syariat Allah.
Ke mana harus kita 'infaq'kan harta itu?Sudah tentu kita sebagai seorang muslim yang berkewajipan untuk MENUNAIKAN ZAKAT,juga bonus lain untuk mudah menuju syurga abadi adalah dengan BERSEDEKAH.
Bersedekahlah..
bersedekah kepada fakir-miskin,anak-anak yatim,serta yang memerlukan...

Tahukah kita bahawa dengan bersedekah mampu memadam api kemarahan Allah S.W.T.
Dengan bersedekah mampu meruntuhkan sifat keeogan dalam diri manusia,melahirkan rasa simpati serta rendah diri sekiranya kita bersedekah dengan penuh keikhlasan yang mana sabda Nabi S.A.W menyebut bahawa antara 7 golongan yang mendapat naugan Allah S.W.T di Hari Kiamat kelak antaranya adalah; orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh
tangan kanannya.
Keikhlasan amat didamba dalam bersedekah..bukan untuk dipandang tinggi dan dihormati atas sifat kemurahan hati.Kita tidak perlu risau jika kita melakukan sesuatu kebaikan dan tidak diketahui orang.Biarlah segala ibadah kita semata-mata kerana Allah yang Maha Esa.Ini kerana,
pabila kita ikhlas beribadah,bermakna kita berusaha untuk mendamba kasih -sayang Allah yang Maha Penyayang sifatNya.Dan Allah S.W.T pabila DIA kasih akan hambaNya,DIA akan memberitahu Malaikat Jibril dan Malaikat Jibril akan memberitahu pula kepada ahli langit iaitu Malaikat.Kemudian orang-orang yang dikasihi Allah ini akan diletakkan didunia dengan penuh kasih-sayang dan keredhaan.Jika dia yatim piatu,Allah berikan mereka keluarga angkat,jika mereka serba kekuranga,Allah kurniakan jiran-jiran yang pemurah,jika mereka dalam kesedihan,Allah berikan sahabat yang sentiasa menenangkan...dan contoh terlalu banyak untuk kita renungkan bersama..hanya kita perlu membuka mata dan berfikir dengan mata hati...Bagaimana Allah mencampakkan sifat PenyayangNya pada hamba-hamba yang bertaqwa didunia ini...Tidak perlu untuk kita yang menunjuk-nunjuk dalam beribadah untuk mendapat perhatian ,kasih-sayang,serta dipandang tinggi masyarakat.SUNGGUH,ALLAH PERANCANG TERBAIK.

Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W:
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا أحب الله العبد قال ‏ ‏لجبريل ‏ ‏قد أحببت فلانا فأحبه فيحبه ‏ ‏جبريل ‏ ‏ثم ينادي في أهل السماء إن الله قد أحب فلانا فأحبوه فيحبه أهل السماء ثم يوضع له القبول في الأرض وإذا أبغض الله العبد. ‏قال ‏ ‏مالك ‏ ‏لا أحسبه إلا أنه قال في البغض مثل ذلك

Diakui,sesungguhnya pencinta-pencinta dunia sememangnya amat mencinta harta kekayaan,kerna dengan harta dia boleh memiliki apa sahaja didunia juga akan dipandang tinggi atas kemewahan yang ada pada dia.Tetapi,ingatlah wahai saudara bahawa di akhirat kelak 4 perkara yang akan ditanya iaitu umur kita,harta,ilmu dan tubuh badan.Sejauhmana kita menggunakan harta pinjaman Allah ini,dan sebanyak mana ilmu yang kita pelajari semasa didunia,serta apakah yang telah kita kerjakan didunia ini sepanjang hayat hidup kita?adakah dengan sia-sia atau sebaliknya..Juga,tubuh badan kita...sejauhmana kita manfaatkan nikmat Allah kepada kita ini semasa didunia.

Jadi,bersediakah kita untuk menjawab segala persoalan ini diakhirat kelak dengan alasan-alasan yang kukuh?.Ingatlah,tangan,kaki dan anggota lain tidakakan hanya membiarkan mulut sahaja berbicara..Tentunya kaki pasti juga akan membuat penyaksian di akhirat kelak.Tangan juga akan membentangkan kerja-kerjanya selama didunia.Dan,penyesalan tidaklah berguna di saat itu...

‏ ‏

Monday, March 29, 2010

Kejutan kematian...

Kiriman sms seorang kakak kepada adiknya yang berada diperantauan:
From kak lang:Salam adikku sayang,semoga adik tabah,kak lang ingin beritahu adik bahawa abang long telah meninggal dunia pagi tadi disebabkan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Doakan arwah abg long kita...
Bayangkan...
Alangkah terkejut,terkedu,tergamam tak terkata jika seorang adik yang mendapat berita ini.Terbayang saat-saat bersama abang long...
Namun begitu,siapakah kita disisi Tuhan yang Maha Kuasa untuk mempertikaikan ini semua?Yakinilah bahawa segalanya berlaku dengan kehendak DIA dan pasti punya hikmah yang besar.Sesungguhnya dari Allah kita datang dan dariNya juga kita kembali...Kita hanya dicampakkan ke dunia ini untuk menghadapi ujian dari yang Maha Kuasa agar menjadi hamba-hamba yang bertaqwa...

~~~~~~~~~~~

Semuanya berlaku dengan kehendak Allah..Allah lebih sayang mereka..Allah ambil nyawa mereka dahulu.Kita yang tinggal?adakah hanya perlu menangisi pemergiannya?meratapi kematiannya?Tentu tidak sama sekali..
Sekalipun mereka menerima seruan Illahi seusianya yang muda.Siapa kata orang muda punya usia yang masih panjang,masih punya masa untuk bersuka-ria?Tidak semestinya orang tua sahaja yang dikatakan ajalnya makin hampir dan perlu perbanyakkan ibadatnya.Rasulullah s.a.w bersabda:
“Allah suka orang yang bertaubat, tetapi Allah lebih suka orang muda yang bertaubat.”Jadi,mana mungkin kita hanya tekun beribadat pada akhir-akhir usia..seharusnya kita tidak MENANTI masa yang semakin berlari...kitakan ketinggalan kebelakang.Lambat laun,iakan mengundang seribu satu macam penyesalan...Firman Allah dalam surah al-Asr jelas mengatakan bahawa:
MAFHUMNYA:
(Demi Masa!(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2).Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar(3 )-al-ASR

Kita merancang,Tuhan juga merancang..namun perancangan Allah itu juga adalah yang terbaik..
Namun...sabarkah kita jika kita sendiri yang berada ditempat itu..Ungkapan sabar memang mudah!hanya dimulut..tetapi dihati..mampukah?
Ketahuilah sesungguhnya,antara ciri-ciri seorang mukmin adalah BERSABAR akan segala ujian yang menimpanya.UJIAN adalah satu fitrah pada mukmin sejati.Jika direnungi,para Rasul dan para Sahabat semuanya diuji dengan bermacam ujian,ada yang diuji dengan ahli keluarga,anak-anak,kaum mereka dan bermacam lagi..
Setiap manusia punya ujian.Hanya cara diuji sahaja yang berbeza.Ingatlah wahai orang-orang beriman,kita hanya sebagai hamba kepada PENCIPTA yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA.Dunia hanya pinjaman,ibu bapa,adik beradik,saudara mara,kawan-kawan,harta benda, semuanya adalah pinjaman.Allah berikan pinjaman itu pada kita hanyalah untuk menguji keimanan pada hamba-hambanya.Jika sabar,baiklah ganjarannya...

Sesuai dengan Firman Allah yang berbunyi:
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Mafhumnya:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. -alKahfi:7

Ketahuilah,hanya itu...diuji untuk menilai ketinggian iman kita sebagai muslim sejati.Semua yang ada pada diri kita,disekeliling kita..semuanya ujian.Kekayaan juga adalah ujian.Bagaimanakah kita menggunakan kekayaannya itu dan tahap manakah kesyukuran kita pada nikmat itu..






Friday, March 5, 2010

Sehebat Nabi-nabi Ulul Azmi




~~SABAR~~

:Kalimah yang sering diungkapkan kepada yang menimpa masalah,dugaan ataupun segala bentuk ujian..

:tapi,sabarkah kita pabila kita di uji?

:seharusya,sebagai hamba tidak salah untuk kita imbau kembali sejarah para Nabi kita yang disebabkan terlalu banyaknya mengalami dugaan dan ujian,mereka diberi gelaran oleh ALlah S.W.T yang di kenali sebagai "Ulul Azmi".Terlalu besar pengorbanan mereka jika kita hayati...Dan betapa istimewanya mereka sehingga mendapat gelaran seperti ini daripada Allah S.W.T...Inilah hasil atas kesabaran dan ketabahan mereka dalam mengharungi ujian-ujian tersebut.

:siapakah mereka?

-Nabi Nuh A.S
-Nabi Musa A.S
-Nabi Isa A.S
-Nabi Ibrahim A.S
-Nabi Muhammad S.A.W

Bagaimanakah dugaan yang telah menimpa Nabi Allah Nuh A.S?

Nuh adalah rasul pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan akhlak umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran yang benar. Kualifikasi Nuh sebagai ulul azmi di antaranya kerana kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya. Nuh tanpa menyerah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, untuk kembali kejalan yang lurus. Hampir 1000 tahun usianya jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang. Bahkan istri dan anaknya yang bernama Kan’an termasuk penentangnya. Atas kehendak Allah umat Nuh yang membangkang ditenggelamkan dengan gelombang air bah dan semuanya hancur, kecuali Nuh dan pengikutnya yang beriman.

Nabi Musa pula?

Musa termasuk orang sabar dalam menghadapi dan mendakwahi Firaun. Selain itu, dia juga mampu untuk bersabar dalam memimpin kaumnya yang sangat pembangkang. Ketika Musa akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin Samiri menyeleweng dengan menyembah berhala emas anak sapi. Harun yang ditugasi mengganti peran Musa, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka, bahkan ia diancam hendak dibunuh. Tetapi, Musa pernah tidak dapat bersabar ketika berguru kepada Khidir.

Nabi Isa??

Banyak perkara yang menunjukkan bahawa Nabi Isa memiliki kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama, ketika Nabi Isa sabar menerima cubaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan seorang muridnya, menghadapi fitnah, penolakan, hendak diusir dan dibunuh oleh kaum Bani Israil. Kehidupan Isa menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam beribadah.

“Isa menemui kaumnya dengan memakai pakaian dari wol. Ia keluar dalam keadaan tidak beralas kaki sambil menangis serta wajahnya tampak pucat kerana kelaparan dan bibirnya tampak kering kerana kehausan. Isa berkata, “Salam kepada kalian wahai Bani Israil. Aku adalah seseorang yang meletakkan dunia di tempatnya sesuai dengan izin Allah, tanpa bermaksud membanggakan diri. Apakah kalian mengetahui di mana rumahku?” Mereka menjawab: “Di mana rumahmu wahai Ruhullah?” Isa menjawab: “Rumahku adalah tempat ibadah, wewangianku adalah air, makananku adalah rasa lapar, pelitaku adalah bulan di waktu malam dan solatku di waktu musim dingin di saat matahari terletak di Timur, bungaku adalah tanaman-tanaman bumi, pakaianku terbuat dari wol, syiarku adalah takut kepada Tuhan Yang Maha Mulia, teman-temanku adalah orang-orang yang fakir, orang-orang yang sakit, dan orang-orang yang miskin. Aku memasuki waktu pagi dan aku tidak mendapati sesuatu pun di rumahku begitu juga aku memasuki waktu petang dan aku tidak menemukan sesuatu pun di rumahku. Aku adalah seseorang yang jiwanya bersih dan tidak tercemar. Maka siapakah yang lebih kaya daripada aku?


Nabi Ibrahim pula..

Sejak masih bayi Ibrahim harus diasingkan ke dalam gua, yang disebabkan oleh perintah Raja Namrud untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru lahir. Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya yang pembuat berhala. Bahkan ia harus menerima seksaan yang pedih, iaitu dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya. Sudah hampir seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikurniai anak hingga isterinya meminta ia menikahi seorang budak berkulit hitam bernama Hajar untuk dijadikan isteri. Akhirnya Hajar dapat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ismail. Allah memerintahkan Ibrahim untuk “membuang” isteri dan anak yang baru lahir dan sangat dicintainya itu ke tanah gersang di Makkah. Karena kesabaran dan kepatuhannya, perintah itu dilaksanakan. Namun, perintah lebih berat diterima Ibrahim, iaitu harus mengorbankan Ismail yang baru beranjak remaja. Hal ini pun beliau laksanakan, meskipun akhirnya yang disembelih adalah seekor kambing biri-biri. Selain itu ujian Ibrahim yang lain adalah membangun Ka'bah, membersihkan ka'bah dari kemusyrikan, menghadapi Raja Namrud yang zalim.

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W:

Sejak kecil sampai dewasa, Muhammad selalu mengalami masa-masa sulit. Pada usia 6 tahun,dia sudah menjadi yatim piatu. Setelah dewasa ia harus membantu meringankan beban bapa saudaranya yang merawatnya sejak kecil.

Tentangan terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi seorang rasul. Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Muhammad juga turut menderita tatkala Bani Hasyim dipulaukan (diasingkan) di sebuah lembah disebabkan dakwahnya.

Tokoh-tokoh Quraisy mempelopori pemulauan tersebut yang isinya antara lain melarang berhubungan jual beli, pernikahan, dan hubungan sosial lainya kepada Bani Hasyim. Pemboikotan yang berjalan sekitar 3 tahun itu dan telah menghabiskan hartanya dan isterinya, Khadijah


Allah berfirman dalam Surah al-Ahqaf:35 ,yang bermaksud:

Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad, maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.



Akhirnya...

Mahukah kita seperti mereka?

Punya azam yang terlalu tinggi,

Hanya kerna agama yang dijulang tinggi..

Demi Cinta Maha Esa yang Abadi..dan pasti!Syurga pasti menanti...

Subhanallah...


Friday, February 26, 2010

Di sempena Hari Peringatan Kelahiran BAGINDA S.A.W ini...





Bersempena dihari kelahiran BAGINDA S.A.W iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 26 FEB 2010 ini..marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk meneruskan amalan sunah yg telah ditinggalkan oleh Nabi utusan terakhir kita,MUHAMMAD S.A.W serta terus menghayati segala pengorbanan & perjuangan Baginda suatu ketika dahulu agar dapat membangkitkan semangat juang dalam diri..Cuba kita renungkan!Betapa kentalnya semangat Baginda untuk menegakkan agama islam al-Haq sehinggalah tertegaknya ke hari ini.Syukurku panjatkan padaMu ya robb..
Jadi,sebagai seorang hamba yg sgt kerdil,seharusnya kita menjadikan ia sebagai iktibar agar lebih semangat utk kita sama-sama berjuang mempertahankan agama kita islam sbg agama yg benar.
Tertegaknya islam suatu ketika dahulu hanya bermula dari kelompok yg amat kecil drpd pihak muslimin..jadi tidakkah kita hari ini berasa malu jika dengan umat islam yg semakin ramai masih tidak mampu utk memakmurkan,mpertahan,& memperjuangkannya...

Bagaimanakah kita mempertahankannya?

Jika di negara kita Malaysia hari ini,tidak ada peperangan yang tercetus seperti negara Palestin,Iraq,Afghanistan & yang lainnya..Jadi dgn ketidakwujudan peperangan besar seperti itu,bukanlah bermakna erti berjuang untuk islam itu juga tidak wujud.Ini kerana,kebanyakan org memandang bahawa konteks berjuang utk islam itu hanya terhad didalam peperangan antara kaum muslimin & yg sebaliknya.

Seharusnya,kita harus sedar bahawa perjuangan kita sebagai umat islam mencakupi pelbagai aspek dan sgt meluas.Sebagai cth,berjuang utk mengamal & mempertahankan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yg telah diajarkan kepada kita agar tidak luput ditelan zaman dan agar generasi kita yg mendatang terus mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W ini..

Antara sunnah Baginda yg harus kita amalkan:
+Solat tahajjud-ciri orang soleh & ikhlas
+ Makmurkan masjid-solatlah subuh di masjid
+ Baca al-Qur'an-fahami & menghayati
+Solat dhuha- jika ingin bahagia
+Bersedekah-ciri mukmin sejati
+Menjaga wudhuk-hiasan org tawadhuk
+Sentiasa beristighfar-dimana jua

=InsyaAllah akan terhindar dari kesusahan & kesempitan

قال رسول الله -صلي الله عليه وسلم-:من احب سنتي فقد احبني و من احبني كان معي في الجنه-الترمذي

Hakikatnya,sunnah-sunnah Baginda terlalu banyak..pokoknya,hanya pada kita untuk mengamalkannya..Dan ingatlah bahawa tidak akan merasa rugi bagi org2 yang mengamalkannya.Jika jasmani kita diberi makanan,maka rohani kita juga begitu.
Maka,apakah kita berlaku adil terhadap keperluan rohani kita?atau Seimbangkah keperluan rohani & jasmani kita?

Apakah ikhtibar lain yg harus kita ambil disempena Hari Memperingati Kelahiran Baginda ini?

Antara lainnya,

Bermuhasabah diri -adakah kita benar-benar mencintai Baginda?
-berapa kalikah kita berselawat ke atas Baginda dalam sehari?
-adakah kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda dalam
dalam kehidupan seharian kita?
-sejauh manakah pengetahuan kita terhadap salasilah keluarga &
dan sejarah kehidupan Baginda?

وذكر ابن هشام ـ المتوفّى سنة 218 هـ ـ في كتابه في « السيرة النبويّة » الذي هذّب فيه كتاب محمد بن إسحاق : خطبة الرسول صلّى الله عليه وآله وسلم في حّجة الوداع ، وقد جاء فيها عنه أنّه قال : وقد تركت فيكم ما إن آعتصمتم به فلن تضلّوا أبداً ، أمراً بيّناً : كتاب الله وسنة نبيه


الله الله الله الله يا مولانا

الله الله الله الله يا مولانا

الله الله لا إله إلا الله

الله الله لا إله إلا الله بمحمد فزنا بإدراك المُنى فالوقت طاب لنا و طاب المَشربُ

فالوقت طاب لنا و طاب المَشربُ

الله الله الله الله يا مولانا

الله الله لا إله إلا الله الشمس يغرب نورها و ضياؤها هكذا و نور المصطفى لا يغربُ

بوجود طاه حلى لنا و ظهر نور الحق بحِلمَك يا سعد من كان في بعثه موجود

و المُرسَل جميل في أوصافه ، حارت العقول فيه تفهم، مكمول الحُسن و الشمائل، طبعه محمود

كان البهاء صلى الله عليه، ما شبَهٌ مثل العدنان

و نشكر في ذا المقام نعم الكريم

يتُب علينا إنه غفور رحيم

و نسكن غدا قصور دار السلام مع العرائس من سنام حور الخيام

و في النعائم خالدين على الدوام و بالنبي على الصراط المستقيم

يتب علينا إنه غفور رحيم

رب إنا قد دعونا

أعطنا ما قد رجونا

هب لنا في الدين عونا

بالحبيب مولاي محمد

رب و اجعل والدينا في نعيم الخالدين

و اسقهم حوض نبينا بالحبيب مولاي محمد

محمد خير الأنام عالي المقام المصطفى المختار نبينا الهادي الإمام مُجلي الظلام

الساطعُ الأنوار بدر شريف على الدوام ليس يُرى سِرٌّ من الأسرار

بل حسنه يسكن العقول و لا يزول

أبدعه الرحمان

خير الورى نِعم الرسول عالي الأصول ذو الجود و الإحسان

سيد البيان ، شمس الأنبياء مولاي محمد

فريد الزمان بدر الأصفياء مولاي محمد

و نيل الأماني نور الأتقياء مولاي محمد

المولى و الثني، المولى و الثني

بمدح عُلاك يا محمد لم يخلو لساني عن مدح المولى محمد

أحمد الهادي حباه الله حسنا و جمالا

منبع النور سماه في بهاء يتنامى

أضاء في الكون نداه في نماء يتوالى

حقق الله رجاه ثم أوفاه سؤالا