From kak lang:Salam adikku sayang,semoga adik tabah,kak lang ingin beritahu adik bahawa abang long telah meninggal dunia pagi tadi disebabkan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Doakan arwah abg long kita...
Bayangkan...
Alangkah terkejut,terkedu,tergamam tak terkata jika seorang adik yang mendapat berita ini.Terbayang saat-saat bersama abang long...
Namun begitu,siapakah kita disisi Tuhan yang Maha Kuasa untuk mempertikaikan ini semua?Yakinilah bahawa segalanya berlaku dengan kehendak DIA dan pasti punya hikmah yang besar.Sesungguhnya dari Allah kita datang dan dariNya juga kita kembali...Kita hanya dicampakkan ke dunia ini untuk menghadapi ujian dari yang Maha Kuasa agar menjadi hamba-hamba yang bertaqwa...
~~~~~~~~~~~
Semuanya berlaku dengan kehendak Allah..Allah lebih sayang mereka..Allah ambil nyawa mereka dahulu.Kita yang tinggal?adakah hanya perlu menangisi pemergiannya?meratapi kematiannya?Tentu tidak sama sekali..
Sekalipun mereka menerima seruan Illahi seusianya yang muda.Siapa kata orang muda punya usia yang masih panjang,masih punya masa untuk bersuka-ria?Tidak semestinya orang tua sahaja yang dikatakan ajalnya makin hampir dan perlu perbanyakkan ibadatnya.Rasulullah s.a.w bersabda:
“Allah suka orang yang bertaubat, tetapi Allah lebih suka orang muda yang bertaubat.”Jadi,mana mungkin kita hanya tekun beribadat pada akhir-akhir usia..seharusnya kita tidak MENANTI masa yang semakin berlari...kitakan ketinggalan kebelakang.Lambat laun,iakan mengundang seribu satu macam penyesalan...Firman Allah dalam surah al-Asr jelas mengatakan bahawa:
MAFHUMNYA:
(Demi Masa!(1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2).Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar(3 )-al-ASR
Kita merancang,Tuhan juga merancang..namun perancangan Allah itu juga adalah yang terbaik..
Namun...sabarkah kita jika kita sendiri yang berada ditempat itu..Ungkapan sabar memang mudah!hanya dimulut..tetapi dihati..mampukah?
Ketahuilah sesungguhnya,antara ciri-ciri seorang mukmin adalah BERSABAR akan segala ujian yang menimpanya.UJIAN adalah satu fitrah pada mukmin sejati.Jika direnungi,para Rasul dan para Sahabat semuanya diuji dengan bermacam ujian,ada yang diuji dengan ahli keluarga,anak-anak,kaum mereka dan bermacam lagi..
Setiap manusia punya ujian.Hanya cara diuji sahaja yang berbeza.Ingatlah wahai orang-orang beriman,kita hanya sebagai hamba kepada PENCIPTA yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA.Dunia hanya pinjaman,ibu bapa,adik beradik,saudara mara,kawan-kawan,harta benda, semuanya adalah pinjaman.Allah berikan pinjaman itu pada kita hanyalah untuk menguji keimanan pada hamba-hambanya.Jika sabar,baiklah ganjarannya...
Sesuai dengan Firman Allah yang berbunyi:
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Mafhumnya:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. -alKahfi:7Ketahuilah,hanya itu...diuji untuk menilai ketinggian iman kita sebagai muslim sejati.Semua yang ada pada diri kita,disekeliling kita..semuanya ujian.Kekayaan juga adalah ujian.Bagaimanakah kita menggunakan kekayaannya itu dan tahap manakah kesyukuran kita pada nikmat itu..


No comments:
Post a Comment